zakriesya



sahabat

Tuesday, August 26


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

Riwayat Al-Tabrani
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Harini rasanya nak sharing something lah . About sahabat . Kawan . semua orang mesti ada at least sorang kawan kan ;) aku pun ada , aku takda special mana wei , sampai takda orang nak kawan dengan aku , tak aku tak macam tu . Aku ada baca satu ni .. pasal sahabat lah ..

"Terlalu sunyi kehidupan ini tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati.

Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani.  Dalam mengharungi keindahan berteman dan bergembira, tentunya ada tercalit sedikit sebanyak sembilu yang terbenam di jiwa.
Namun, biasanya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dicinta.  Diamnya penuh doa agar persahabatan akan berlangsung dengan lebih sempurna.  Sebarang kekurangan akan bisa diperbaiki segera.
Tatkala berteman, jagalah tutur kata.
Bergurau menambah ceria, namun terlebih gurau juga kan menukar rasa.  Kita jangan samakan sahabat kita seperti kita.  Mungkin sesuatu yang boleh kita terima dan kita anggap simple, namun baginya sesuatu yang sensitive yang boleh mengundang sedikit hampa."
Kenapa tiba-tiba je cakap pasal sahabat pulak si Zak ni ? Buang tebiat ke apa ? Tak lah , aku saje nak share something . Asyik cakap pasal diri sendiri je kan . Sebenarnya , aduh , aku tak tahu macam mana nak cakap . aku ada lah seorang kawan ni . aku anggap dia sahabat aku . Dia memang sahabat aku yang paling hebat lah ! dia lah tempat aku share semua benda , tempat menangis , tempat gelak , tempat aku jadi gila .-. Dia tahu semuanya pasal perangai aku . dia faham aku . tapi satu hari tu , entah macam mana aku gaduh teruk dengan dia , teruk sangat :( Ya Allah , tabahkan je lah hati aku sebab aku ingat kitorang akan berbaik lepas tu , sebab biasanya macam tu lah . Tapi dah berbulan dah , aku tak tegur dia , dia tak tegur aku . Memang awkward gila . Aku dah lah tak reti nak minta maaf . Aku cuma suka stalk dia je , apa dia buat , happy kah dia . Aduh , kalau kau bukak lah blog aku ni , kalau kau baca lah ni , maafkan aku ye ling ? :) ok jaga sahabat anda sebaik-baiknya ok ! Assalamualaikum :)






0 comments


Post a Comment






Codes: Kio 2.0 Kio