Hello! Welcome to my personal blog where I rant and talk about everything. Feel free to navigate. follow | dashboard
soo \
i ii iii
flaws
everybody was born with it
iv vi v


sebabnya apa ?
Wednesday, August 27 • 10:35 PM




assalamualaikum ..
kenapa kita gagal dalam peperiksaan ? ada banyak sangat sebab kita gagal dalam pepriksaan . kadang2 , ia salah diri kita sendiri sebab tak belajar lah kan ? :) cuba ingat baik-baik . kita yang sibuk sibuk kata ," Malasnya nak belajar , alah , exam biasa je pun ,," selalu sangat macam tu . bila dah dapat paper , barulah kita mula nak marah itu ini . bila orang tegur kita punca yang membuatkan kita gagal tu , kita marah orang balik kan ? "apa lah cikgu ni ! tak masuk otak pun belajar!"

salah kita lagi sebab tak cuba nak fahamkan apa yang cikgu tu ajar kita . tak faham , kenapa tak tanya ? cakap cikgu ajar laju lah , cakap benda yang merepek lah . memang lah , kita manalah tahu , sebab kita tak pernah belajar lagi benda tu kan .. mesti lah , cikgu merepek ke ? nama dia pun manusia , mana ada manusia yang perfect di muka bumi Allah ni . biasalah merepek . macam diri tu tak pernah merepek . cikgu bagi nasihat , cuba nak dekatkan diri dengan kita , kita cubalah faham . dia pun manusia .

Kurang ibadah pun punca kita gagal juga dalam exam . Kita tak ingat Allah , kita lupa dekat dia . Kita cuma pentingkan diri sendiri sampai tak ambil tahu hal-hal keagaaman ni semua , kita cuma fokus untuk buat benda lain . jadi salah siapa sebenarnya ? peperiksaan penting untuk masa depan kita . memang semua takdirNya , tapi bukan kesalahan kalau kita merancang masa hadapan kita . Allah akan membantu orang yang berusaha dan beribadah kepadanya sekali gus . Sifat riak dalam diri tu buang jauh-jauh . Jangan fikir kita ni dah hebat sangat tapi kita sebenarnya cuma hambaNya .. 

aku bukanlah nak cakap aku pandai , ini cuma nak memotivasikan diri je . lagi pun , aku buat salah juga bila tak belajar sungguh sungguh exam haritu , aku agak tergolong jugak lah , dalam golongan yang tak minat nak belajar tu . tak , aku tak pandai . ingat , aku cuma nak memotivasikan diri . ingat-mengingati sesama kita kan amalan yang baik , kenapa pulak kita tak amalkan ? buat masa sekarang , aku kan pelajar sekolah , pelajar sekolah biasanya cuma tahu gagal tu , gagal dalam exam . walaupun banyak jenis kegagalan yang ada dalam dunia ni . jadi aku cuba memotivasikan diri untuk cuba buat yang terbaik untul exam last term . "orang yang berjaya itu bermula dengan kegagalan" :) sekian






Intro



Archive



credit


design and template originally by ayuni