zakriesya



katak

Wednesday, September 3


assalamualaikum , hi peeps ! hehe .. hari ni kan .. waktu sekolah .. bedah katak ! euuwww .. bunyi gelikah ? tak , seronok . best dapat belajar benda baru , kata cikgu . tapi  cikgu aku tidak mengambil bahagian dalam acara membedah tersebut kerana beliau memang geli dengan katak-katak itu semua . haduh , jadi siapa yang nak handle kitorang punya katak ni ? cikgu aku pergi lah mengimport *katanya* cikgu untuk cuba membedah katak tersebut . bab tujuh biology ni memang pasal respiration jadi aku baru tahu yang sebenarnya kita nak tengok organ dalam katak tu , sebab tu lah kita kena bedah . lah .. dulu aku ingat bedah katak ni benda main main lah . tadi masa katak tu dibedah , Ya Allah terkedu aku melihat paru paru nya yang cantik itu . aduhai , kembungnya semacam sahaja ! haha , hari ni tak banyak katak macam budak kelas sebelah punya semalam . dah lah sedikit , kecil pula tu !

Tahu tak , cikgu kenapa inform last last minute ni ? Budak kelas sebelah tahu sebelum cuti jadi diorang dah sediakanlah katak tu awal awal . hari isnin kan cuti , aduhai cikgu ni . Baru semalam cikgu bagitahu suruh bawa katak hari ni . apa ni ! terkocoh-kocohlah petang semalam aku dengan yanty fatin bertiga kitorang cari katak . yang bijaknya kitorang ni , pergi jusco cari katak ! woi , kau ingat ada ke katak dalam jusco tu hah ? pet shop pun takda ! memang , kitorang agak bijak . hmmm , jadi semalam tak ada lah katak , jadi yanty cakap nanti dia pergi beli katak dengan ayahnya di Palm Mall berhantu itu . Malangnya malam tu dia cakap katak sudah tiada , sudah sold out . mungkin ramai yang bedah katak kut ? kaya betul tokey jual katak ni . esoknya pun , tadi lah kan , aku datang sekolah nampak Nabila dengan KATAK !! hmm , dia kata dia cari jauh sampai ke Rahang sana . Tapi dia punya kecil , kecil sangat . Harga pun 50 sen sahaja . Nak besar kena order kata Nabila mengatakan tokey kedai tu cakap .

Eh ada tikus ? Alah , Amin bawa tikus hari ni . sebelum tu Yau ada main main dengan tikus tu lepas tu dia jadi sayang pulak . dia diam je , tikus tu diam je . elok je . jadi aku pun pegang lah . lepas tu tikus ah ! TAK GUNA BETUL TIKUS NI . harap je muka kau comel macam Stuart Little tu ! dia pergi ah , tak sanggup aku nak ingat . ergh . Tasa dah lah memang geli dengan tikus aku rasa euwwww . Lepas tu masa nak bedah tu , alahai , kenapa Yau nangis ? Dia tak sanggup nak bagi tikus tu kena edah :( Kesian Yau . jadi Amin pun bagi lah Yau satu tikus yang Yau memang dah sayang tu . Ada lagi dua tinggal . Jadi bedahlah tikus tu xD lepas tu , tikus tu di awet . yakkk ! hahaha ! Eh , apsal bahasa aku hari ni ? Oh , sebab aku rasa nak guna Bahasa Melayu yang betul je sebab yelah , nama je orang melayu , tapi bahasa melayu aku pun tunggang terbalik jugak . Dah lah , malas sudah patik menceritakan pasal katak itu . Aku hendak menyiapkan kerja sekolah yang aku tak tahu ada ke tidak . Sekian .... Dan Selamat Hari Jadi Kepada Red Velvet Maknae Joy !! Also , may you rest in peace Ladies Code EunB , stay strong guys
0 comments


Post a Comment






Codes: Kio 2.0 Kio